Showing posts with label b u a t s a n t a p a n m i n d a k i t e s e m u e. Show all posts
Showing posts with label b u a t s a n t a p a n m i n d a k i t e s e m u e. Show all posts

Nov 19, 2012

Ikhlas ke?

Assalamua'laikum, asif jiddan sebab lama sgt tak update blog ana. Insha-Allah hari ini ana nak kongsi tentang satu sifat di mana orang sering tertanya-tanya akaannya. Ikhlas. Ya. Ikhlas. Mereka kata, ikhlas itu bila melakukan sesuatu tidak mengharapkan apa-apa balasan. Ikhlas itu, memberi sepenuh rela. Ikhlas itu, murni, bersih. Ibarat air yang jernih, tiada bercampur apa-apa. Senang faham, semua yang dilakukan ikhlas semata-mata ikhlas kerana ALLAH.

Sungguh, ini yang ana pegang kerana ana percaya apabila apa-apa sahaja yang dilakukan dengan rela, tiada paksaan dan semata-mata kerana Allah, pasti semuanya akan menjadi mudah. Cepat. Tenang. Namun, dalam benak sendiri, sering tertanya-tanya " ikhlas ke aku? "  /  " ikhlas ke dia? "  

Tambahan pula, mereka selalu kata, " aku ikhlas. " 

Tapi ada juga yang persoalkan,
" Kau ikhlas ke? "  /  " Macam tak ikhlas je. "



Sepertinya, pada mereka ada penimbang, pengukur ikhlas.

Ikhlas itu sukar ditafsir dengan kata-kata sebenarnya. Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam kegelapan. 

Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan yang memacu,
dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya,
disolekkan dengan puji-pujian,
ditampal kata mengata,
dipujuk rasa bangga,
sedar tak sedar, penyakit hati sudah bertandang.
Nau'uzubillah...

Sesunggunya, IKHLAS itu milik Allah. Dalam hadis Qudsi :
" Ikhlas itu milik-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi. "



# Sekadar perkongsian dan muhasabah bersama. Sentiasalah ikhlas dan redha dalam apa jua keadaan. Insha-Allah. 

Wallahua'lam. Wassalaamu'alaikum warahmatullah

Sep 2, 2011

RamaDhaN KaReeM !


Assalamualaikum ~
macam mane ? best tak video kat atas nih ? hurm , mesti faham kan .. kita yang mana satu ek ? kiri kea kanan ? haha ! pandai-pandai la korang jawab sendiri . aku juz nak ingatkan , even Ramadhan dah lepas bukan bererti tamat sudah bulan puasa . jangan lupa tiap2 tahun kite akan menyambut bulan Ramdhan . so aku nak ingatkan kita jangan lah membuang masa yang ade dalam bulan Ramadhan dengan menonton tv dan banyak lagi la perkara yang tak berfaedah.... penuhilah masa yang terluan dengan membaca Al-Quran, bace buku islamiah kea dan banyak lagi la perkara yang berfaedah.. ha ! satu lagi , jangan lupe bersahur, sesungguhnya dalam sahur itu ade berkat... itu jea la yang aku nak share untuk post kali ni,,, oke ? 
Sekian, Wassalam'alaik...