Jan 3, 2015

Rahmat, nikmat semuanya dari Allah (=

Assalamu'alaikum, asiff jayyid. Memang tidak dinafikan dah lama ana tak update blog ni. Nasib bukan rumah, kalau tak, dah bersarang barangkali. Toyyib, cuti sekolah pun dah hampir sangat ke penghujungnya. Kerja sekolah mesti dah siapkan (saya dah habis SPM!). Berbalik pada apa yang hendak dikongsikan pada hari ini. Allah tak pernah lupa kat kita, walaupun dalam bentuk ujian, kegembiraan, nikmat, kasih sayang dan semuanyalah. Kalau ana tulis takkan pernah habis kerana terlalu banyak Dia beri kepada hamba-hamba dalam pelbagai cara. Sungguh, Allah Maha Adil, Maha Bijaksana.

Tapi sahabat, adakah kita ambil apa yang Allah beri dengan sepenuh hati atau acuh tak acuh je. Dalam hati cakap "mestilah dengan sepenuh hati! " . Tapi, cuba selami hati betul-betul kalau betul sepenuh hati, ada tak terlintas, " Ya Allah, kenapa Engkau bagi ujian seberat ini? Aku tak mampu.... " . Di mana ucapan ALHAMDULILLAH yang sepatutnya first sekali terucap di bibir tatkala mendapat nikmat? Di mana sifat belas kasih dan sayang jika kamu mengaku mukmin tetapi tak sanggup memaafkan kesalahan orang lain? Sama-sama kita muhasabah diri balik, tak malukah kita dengan Nabi Muhammad S.A.W yang sah-sah dijamin masuk syurga tetapi teguh hadapi ujian dan yang paling penting tak malukah kita kepada Peminjam jasad dan roh kita? Sedarlah, diri kita ini hanya pinjaman Allah semata-mata. Jadi, janganlah sombong sangat  nak bergantung hanya pada Allah... Tolonglah rendahkan EGO tu sikit, tanpa rahmat Allah, kita takkan kemana.

Setiap manusia ada impian dan cita-cita dan setiapnya pasti punya harapan. Tapi sedarkah harapan itu berlandaskan apa dan siapa? Untuk dunia semata-mata atau akhirat, tempat abadi? Mungkin hati kita masih ada kebergantungan terhadap makhluk lain selain Allah itu kerana manusia seringkali kecewa. Ana menulis bukan kerana suka-suka. Ini kerana, diri ana sendiri pernah alami kekecewaan yang terlampau. Apabila satu kata-kata terdas di hati ana, barulah ana sedar, tajdid niat ana balik dan berserah hanya pada Allah. Manusia mudah lupa, sahabat. Dan sering sekali lupa. Kerana itu tugas manusia sebagai khalifah, saling memperingati, menasihati dan yang paling penting saling menghormati.

Sedikit kata-kata untuk dikongsi dan dihadam bersama,

" People always disappointed by people. It's normal because people are not perfect. Why not you do something and put your attention totally to Allah, in shaa Allah you'll never be disappointed. "

Pernah tak antum dan antumna terfikir kalau kita main game or sembang or apa-apalah yang seangkatan dengannya terasa waktu begitu laju berputar bukan? Tapi, kalau kita beribadah, tak kisahlah ibadah apa pun seperti solat, zikir, baca Al-Quran atau belajar (yang ni pelajar sure terasa, ana pun) terasa waktu berjalan begitu perlahan bukan? Come on, cuba fikir sedalam-dalam yang mungkin dan buka sikit hati tu bagi Nur masuk. Allah jadikan waktu berputar degan laju tatkala kita melakukan perkara lagha adalah disebabkan Allah sendiri tarik nikmat waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk melakukan perkara berfaedah. Namun, Allah jadikan waktu bergerak dengan perlahan tatkala beribadah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk beribadah kepada-Nya, bertaubat kepada-Nya dan memohon keampunan daripada-Nya. Fair kan? Jadi, kenapa perlu salahkan masa jika kita sendiri tak pandai mengatur masa? Semua orang memiliki 24 jam, anda yang menentukan untuk pembaziran atau mengganggap waktu sebagai emas. Renung-renungkan...

Sekian, wassalam'alaykum

#act yg ni daa lama tulis tp tak taw laa kenapa tak publish.. haha sorry late guys :D