Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh guys.
Sihat semua? Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat sihat dan paling penting sekali adalah nikmat Islam dan iman. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Lama dah tak update, so maaflah kalau isi kurengg mantop. Huuu
Salah dan silap. Maaf dan berlapang dada. Semoga Tuhan redha dengan kita.
Muslimin dan muslimat sekalian *acewahhh syarahan ke ni? well, as human being, manusia ni takkan pernah lari dari membuat kesilapan, right? Tapi kesilapan yg sama janganlah diulang-ulang. Kadang-kadang tak semua orang boleh terima kesilapan kita yg berulang-ulang. Yg paling penting adalah berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.
Kita ni kalau orang buat salah je, mesti kita rasa macam
" Can't accept la."
"Dia ni tak tahu ke benda tu salah?"
" Mak ayah dia tak ajar ke? "
TAPIIIIIIIIIIIIII kalau kita yg buat salah, kita akan fikir
" Alah, biasalah nama pun manusia mestilah ada salah. "
" We're from diff. family background laa. Aku tak rasa benda tu salah. "
Mesti pernah alami kan? Mesti pernah terlintas punya. Maybe la tak sama dialog macam kat atas tapi orang cakap PERSIS tu ade laa kan.....
**************
Yes, memaafkan or memberi maaf tu tak semudah lafaz yg kita bayangkan. Sebab ianya soal hati. Hati ni takde sape pun boleh ubah. Rahsia si pemilik hati dan juga Pencipta-Nya. Tapi, cuba fikir balik, baik sangatkah kita, layak ke kita yg banyak salah juga tak memaafkan? Sedangkan Allah juga Maha Pengampun. Inikan pula kita hamba Allah yg serba serbi kekurangannya.
Some people take a few times to forgive. Some people memang hatinya mulia, mudah memaafkan kesalahan orang lain. THUMBS UP! Nabi Muhammad S.A.W pun ajar kita untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Jangan berdendam. Dendam hanya akan membuat hati kita jauh dari kasih sayang dan ketenangan serta kebahagiaan.
Percayalah *nyanyi sikit.. hanya dengan kemaafan (nak maaf tak perlu tunggu raya kecuali raya tu esok ke hahaha) jiwa kita akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Trust me!
**************
Ada beza ke susah nak maafkan dgn keras hati? For me, takde bezanya, Orang yg hati dia keras, memang susah nak maafkan orang lain. Sebab apa? *Bila hati telah hitam, JENGGG 3X
Memaafkan adalah perbuatan yg sangat mulia. Ianya seolah2 memberi kesempatan yg kedua kepada orang yg buat salah tu. So, semua orang berhak kan untuk dapat peluang kedua? Kalau kamu boleh dapat, why not orang lain?
" Akak, akak, macam mana pula dengan orang yg tak henti2 buat salah yg sama? Mana boleh dimaafkan. "
Eheh, siapa cakap tak leh dimaafkan. Maafkan je. Nak lupa apa kesalahan dia ke tak, tu perkara no2. Yg penting kita maafkan dia dulu. Cuba bayangkan kalau kita mati nanti, ada orang yg kita pernah buat salah kat dia, dia tak maafkan? Sama macam kita taknak maafkan orang tadi, tak ke dosa. So, better maafkan. Tak kena bayar pun singgit ke dua hinggit ke tiga hinggit ke.
**************
Lastly, before I end my celoteh hari ni, marilah sama2 kita saling memaafkan. Bersempena di bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan mulia ini, saya minta maaf byk2 bagi siapa2 yg mengenali saya secara jauh ataupun dekat, maafkan segala salah silap saya secara sedar ataupun tidak. Saya pun maafkan segala kesalahan siapa2 pun dekat saya. Omputeh cakap, let bygone be bygone. Semoga Allah juga mengampunkan dosa2 kita yg bertimbun2 di dunia ini.
Selemah2 kita berukhuwah adalah bersangka baik dan berlapang dada.
Jaga hati. Jangan cemari. Moga cinta dan kasih hanya kerana Ilahi.
Wassalam'alaykum
No comments:
Post a Comment