Ya Allah,
aku tidak kuat tanpa bantuan-Mu
derita bahagia permainan dunia
sebelum tiba bahagia selamanya.
Ya Rahman,
tidak Engkau menguji hamba
diluar kekuatan mereka
tidak Engkau beri dugaan
diluar ketabahan mereka.
Ya Rahim,
tanpa rahmat darimu
tanpa kekuatan darimu
tanpa hidayah darimu
kami hanya hamba yang hina.
Ya Robbi,
segala ujian darimu
segala-galanya darimu
maka hamba ini yakin
penyelesaian hanya darimu.
Ya Rabbana,
kurniakanlah kami ketabahan, kesabaran dan kekuatan
dalam mengharungi onak liku kehidupan
kerana dunia kini semakin mencabar.
No comments:
Post a Comment