Assalamu'alaikum.. Hari ni ana ingin mengupas tajuk kita pada hari ini seperti yang tertera di atas. Cewah, macamlah hebat sangat. Asiff, asiff. Dah baca kan? Toyyib, kalau soal hati ini memang menarik kalau mahu dibicarakan sehinggakan semua orang tertarik. Persoalannya, apa yang menarik tentang sekeping hati ni sehinggakan semua orang tertarik untuk mengetahuinya? Hurm, weird, weird.
Toyyib, tak pelik pun sebenarnya. Itu normal lah. Apa lagi remaja. Berbalik kepada tajuk kita. Hati kita ini sebenarnya perlukan tarbiyah. Perlu sangat-sangat. Cuma nafsu kita saje yang menafikan. Siapa yang betul-betul caring saje akan jaga betul-betul hatinya dengan sebaik-baiknya. Tapi sebelum itu, jum kita cari tahu apa jenis masalah-masalah hati yang mungkin ada pada kita. Mungkin ye ana ulang. Mungkin.
Toyyib, tak pelik pun sebenarnya. Itu normal lah. Apa lagi remaja. Berbalik kepada tajuk kita. Hati kita ini sebenarnya perlukan tarbiyah. Perlu sangat-sangat. Cuma nafsu kita saje yang menafikan. Siapa yang betul-betul caring saje akan jaga betul-betul hatinya dengan sebaik-baiknya. Tapi sebelum itu, jum kita cari tahu apa jenis masalah-masalah hati yang mungkin ada pada kita. Mungkin ye ana ulang. Mungkin.
1) Bercakap fasal hati mesti orang set fasal cinta. Tidak dinafikan cinta itu fitrah. Fitrah manusia. So, to be a smart Muslim we should control the fitrah. Bagaimana? Serahkan hatimu totally, totally to Allah. Sedarlah hakikat cinta kita hanya satu. Cinta hakiki yang kita kejar hanya satu. Yang layak menjadi cinta utama kita hanya Allah. Hanya Allah. Toyyib, cuba tarik nafas..... Then......
Hembus. Ok, relaks. Buka mata. Buka hati. Jum, kita muhasabah bersama.
Kata Pak Hamka,
Allah kurniakan 2 kaki untuk berjalan,
Allah kurniakan 2 tangan untuk menyentuh,
Allah kurniakan 2 mata untuk melihat,
Tapi kenapa Allah kurniakan sekeping hati?
Dalam Rancangan Semanis Kurma baru-baru ni TV9. Tajuknya, Misteri Jodoh. Ustazah Nurbaiyah yang cakap. Ana cuma nak ulang balik je. Hah, tahu tak jawapannya kenapa Allah kurniakan kita sekeping hati saje? kenapa tidak dua? Sebagaimana Allah kurniakan kepada anggota lain? kalau nak tahu jawapannya simple dan mudah saje namun cukup membuat hati kita gembira. And the answer is....
Sebab Allah nak kita cari sekeping hati lagi iaitu yang ada pada jodoh kita. :)
Tapi diingatkan walaupun Pak Hamka berkata demikian tak semestinya cepat-cepat kita pergi cari siapalah pemilik sekeping lagi hati kita ni. Amboi tak sabarnya. Kalau ana tak bagitahu pun mesti semua orang dah tahu jodoh itu rahsia Allah. Rahsia Allah. Maut pun rahsia Allah. Ya! Apa yang perlu kita buat cuma berdoa. Berdoa sungguh-sungguh agar Allah jodohkan kita dengan orang yang beriman. Pesan Ustaz Hasrizal untuk anak muda kini dalam soal perkahwinan, " Jangan tergesa-gesa dan jangan bertangguh. " Tapi biar tepat pada waktu dan restu. Jadi sekarang ini, kita perlu ambil peluang, ambil masa dan ambil cara bagaimana untuk perbaiki diri dan bersedia sebelum tiba saat itu. Bukan gatai tapi tahukah kita kahwin itu sunnah Nabi untuk melahirkan zuriat, generasi Islam untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
2) Manusia kurang bersyukur. Dalam surah Ar-Rahman, Allah mengulang ayat yang sama yang maknanya, " Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? " Seharusnya kita patut rasa malu untuk tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Tidak sedarkah kita bahawa ibu bapa, adik beradik dan insan sekeliling kita yang kita ada bahkan tempat tinggal kita, makan minum kita adalah nikmat daripada Allah. Kenapa kita tidak bersyukur? Cuba kita lihat betapa hebatnya Muslim-Muslim, saudara kita di Palestin dan Gaza. Mereka bersyukur dan mempertahankan hak mereka walaupun diancam maut. Allahu Akbar.
Manusia selalu lupa dan tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Selalu merasa tidak cukup. Apakah kita lupa siapa yang yang memberi kebahagiaan itu? Apakah kita kira kesenangan dan kebahagiaan yang kita miliki walaupun hakikatnya kita sendiri tahu tidak kekal itu adalah daripada usaha kita sendiri atau datang dengan sendirinya? Apabila dalam kesusahan barulah nak mohon kepada Allah. Asiff kalau ana salah cakap. Ana pun manusia biasa, tidak lari daripada membuat dosa. Mungkin anda yang membaca ni tidaklah. Orang lain.
Tapi, jangan senang hati sangat kerana sekarang kita mungkin tidak. Nanti? Siapa tahu. Hari ini kita baik, esok? Lusa? Tulat? Belum tentu kan? Jadi, sentiasalah istiqomah dalam bermuhasabah diri dan memperbaiki untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan TERBAIK. Kerana itu umat Islam bersaudara untuk saling memperingati. Allahu Robbi, sungguh Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang untuk hambaNya yang ikhlas bertaubat.
3) Hati juga boleh membuat kita lemah, leka dan alpa. Apabila ditimpa ujian mesti kita rasa kitalah orang yang paling berat ujiannya sedangkan ramai lagi manusia seperti kita yang juga ditimpa ujian. Memang menjadi lumrah apa yang kita rasa, lemah dan hampir berputus asa apabila ditimpa ujian yang betul-betul menguji iman, kesabaran dan ketabahan kita sebagai manusia. Jangan terlalu mengikut perasaan. Semua orang ada ujiannya. Cuma berbeza-beza. Yakinlah. Yakin saja. Kerana apa? Kerana sudah terbukti dan termaktub di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah : 286 ;
" La Yukallifullahu Nafsan Illah Wus 'Aha "
( Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya )
Oleh itu, janganlah kita mempertikai dan mempersoal, kenapa dan kenapa kita diuji sedemikian rupa kerana hanya alasan kita tidak kuat. Sedangkan Allah turunkan sesuatu ujian sesuai dengan kemampuan hamba-hambaNya. Dia yang menciptakan kita, jadi hanya Dia sajalah yang mengetahui tahap kemampuan kita yang hakikatnya kita sendiri kadang-kadang tertanya-tanya apakah kita mampu untuk menghadapi ujian yang diberikan. Sebab itu Islam datang memberi kita Thoriq yang sebenarnya tercari-cari oleh semua manusia. Berbaliklah pada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Jum ren0vate hati kita :D
Kita kena cari tahu apa masalah hati kita yang sebenarnya dan barulah kita boleh atasi dengan baik. Memang banyak lagi sebenarnya masalah yang berkaitan dengan hati ini. Tetapi tidak dapat ana senaraikan kesemuanya. Banyak lagi masalah hati yang kita tidak sedar jadi banyakkanlah membaca. Banyak diceritakan masalah hati di dalam buku, blog. Searchlah. Toyyib, cara yang paling afdhol (terbaik) ialah sentiasalah membasahi lidah dan hati kita dengan nama Allah. Selalu bermujahadah untuk menjadi yang lebih baik. Kata-kata mutiara ada menyebut jangan dikenang perkara yang lalu, ambil iktibar daripada apa yang berlaku dan pastikan kita tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Kalau ada ciri-ciri ini, muhasabah diri semula. Dekatkan diri dengan Allah, baca Al-Quran dan faham isinya. Tingkatkan amalan sunat dan berbuat baiklah sesama insan. In shaa Allah sama-sama kita bermujahadah :)
# Akhir kalam, moga Allah tetapkan hati kita di dalam Islam dengan mensyukuri nikmat iman. Serahkan hatimu kepada Allah, Allah akan memelihara hatimu. Dan yakinlah kamu tidak akan pernah merasakan kecewa apabila semua diniatkan kerana Allah kerana kamu sudah berserah dan bergantung hanya pada Allah.
Yang baik sememang dan selama-lamanya daripada Allah. Semestinya yang kurang itu daripada kelemahan diri ana yang serba kekurangan ini.
Wassalamu'alaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment