Assalamua'laikum, asif jiddan sebab lama sgt tak update blog ana. Insha-Allah hari ini ana nak kongsi tentang satu sifat di mana orang sering tertanya-tanya akaannya. Ikhlas. Ya. Ikhlas. Mereka kata, ikhlas itu bila melakukan sesuatu tidak mengharapkan apa-apa balasan. Ikhlas itu, memberi sepenuh rela. Ikhlas itu, murni, bersih. Ibarat air yang jernih, tiada bercampur apa-apa. Senang faham, semua yang dilakukan ikhlas semata-mata ikhlas kerana ALLAH.
Sungguh, ini yang ana pegang kerana ana percaya apabila apa-apa sahaja yang dilakukan dengan rela, tiada paksaan dan semata-mata kerana Allah, pasti semuanya akan menjadi mudah. Cepat. Tenang. Namun, dalam benak sendiri, sering tertanya-tanya " ikhlas ke aku? " / " ikhlas ke dia? "
Tambahan pula, mereka selalu kata, " aku ikhlas. "
Tapi ada juga yang persoalkan,
" Kau ikhlas ke? " / " Macam tak ikhlas je. "
Sepertinya, pada mereka ada penimbang, pengukur ikhlas.
Ikhlas itu sukar ditafsir dengan kata-kata sebenarnya. Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam kegelapan.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan yang memacu,
dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya,
disolekkan dengan puji-pujian,
ditampal kata mengata,
dipujuk rasa bangga,
sedar tak sedar, penyakit hati sudah bertandang.
Nau'uzubillah...
Sesunggunya, IKHLAS itu milik Allah. Dalam hadis Qudsi :
" Ikhlas itu milik-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku kasihi. "
# Sekadar perkongsian dan muhasabah bersama. Sentiasalah ikhlas dan redha dalam apa jua keadaan. Insha-Allah.
Wallahua'lam. Wassalaamu'alaikum warahmatullah