Oct 26, 2015

We are what we think!

Assalamu'alaikum sisters and brothers!

Long time no see and no news. Of course laa sebab lepas beberapa bulan aku dpt result SPM terus sibuk dgn urusan nak masuk Universiti (aku guna uni lepas ni) mana, dokumen2 dan byk lagi laa. hahaha bajet sibukkan?

Alhamdulillah dpt masuk Uni. Taknak bagitahu Uni mana takut2 nanti ada stalker =P
Yela, makin kita besar makin kena jaga diri. Mana tahu org ada niat tak elok ka. Bukan nak doa, juz be careful to prevent bad things happened.

Sememangnya kehidupan di Uni ni sangatlah berbeza daripada kehidupan sekolah menengah. Memang tak dapat dinafikanlah hakikat itu. Tambah2 jauh daripada keluarga. Quiet mencabar tapi inshaa Allah dgn bekalan yg kita ada, yg kita dpt semasa di rumah dan di sekolah menengah, things going smooth. Biiznillah. Tapi kena egtlah, bila dah masuk Uni ni jgn lupa diri, asal usul dan semuanyalah. Sebab ada org cakap, kalau org yg tak dapat or susah nak adapt dgn suasana ni, sikit2 or lama2 dia akan terpengaruh dgn surrounding. Kalau influence baik takpe. Takut yg sebaliknyalah, wana'uzubillah...

Sekali lagi aku nak lafazkan kesyukuran sebab Allah masih syg aku. I can feel it *ouch touching jap* It's because aku masih dpt rasa suasana Islamik dekat Uni yg aku duduk sekarang ni. Ada org cakap, kalau nak tahu diri kita ni macam mana or lebih tepat lagi kalau nak test iman kita, kita kena try letak diri kita kat tempat yg mencabar means, kena face the reality of the ummah skrg. Tapi, perlu kita egt, sehebat mana pun kita, kalau Allah dah campak kita kat suatu2 tempat, means itulah yg terbaik untuk kita. Aku menyeru agar kita sama2 bersyukurlah selalu walau di mana jua kita berada.

Aku dapat asasi. Best tu best laa sebab asasi setahun je. Tapi, bila dah masuk baru ko tahu apa itu sacrifice apa itu strive or lebih tepat lagi struggle. Hahahahahha. Alhamdulillah siapa2 yg dpt diploma jgn sedih. Hampa lagi laa rileks. Ada hikmahnya! Tuhan kasi ikut kemampuan masing2. Nak and taknak je. Maksudnya, siapa usaha, ikhlas, Allah tolong. Allah pandang semua tu jgn risau. As long as you always work hard, study smart and do care about your parents' heart. Don't break theirs' sbb redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

Sekarang tgh cuti SEMESTER 1 . Sebulan. Nak kata lama mcm x lama sgt tapi aku bersyukurlah sebab ada kawan dpt seminggu je bahkan kurang daripada tu. Nak cite sikitlah, bila dah masuk Uni ni, jgnlah kita terkejut mahupun terkent** hahaha. Sebabnya, kita akan face pelbagai macam manusia dari segi ragamnya, akhlaknya, sikapnya dan byk lagi laa. Tak sembang pasal fesyennya lagi hahahaha. Tapi so far, aku boleh hidup lagi laa. Ada roomate, lecturemate dan classmate yg baik2, ramah dan comel mcm aku. Dari seluruh pelusuk negeri dalam Malaysia ni kita boleh kenal. Roomate aku xde org UTAGHA hahaha. Ceghitenye aku laa kena ubah pelat. Ada org Pahang, Kelate, Selangor, Wilayah, Putrajaya dan akulah satu2nya utagha, Penang.

Mula2 masuk tu mcm awkward jugk laa sebab masing2 tak kenal hati budi lagi. Tapi lepas kenal mcm adik badik :P

Ni housemate aku :P

Setakat ni je laa kut. Malas dah type.. Hahaha. kbye wassalam :D

Mar 10, 2015

Saya cuma pelajar picisan yg sdg mencari redha Tuhan!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Ok, sebenarnya terlalu byk perkara yg nak dicoretkan dekat sini. Cuma... cuma...
Hahaha, nak bg alasan tak sempat tp mcm tak boleh nak diterima je.. wakaka

Actually, nak share sikit perasaan tyme amek result dulu *gaya ambil result lama dah

******

Sebulan sebelum ambil result, dup dab dup dab giler! 

Serious talk.

But, bila dah seminggu je tinggal nak ambil result. Nervous tu kian hilang.

Lagi sehari nak ambil result, dah tak rase debar sgt mcm sebulan yg lalu. Haha. Bajet tak boleh tido konon, tido nyenyak siap mimpi lagi. Mimpi ambil result. Haha

******

The day of result, 3rd of March 2015!

Dtg dgn mama, agk lewat sbb org dah hbes bace yassin berjemaah dan ramai2 dah mula masuk dewan, kite ni baru smpai. Alhamdulillah sempat baca yassin pagi tu dalam kereta. Tak lama kemudian, ajak mama masuk dewan. Tak rase debar pun, cuma terbyg2 adekah mmpiku yg semalam bisa jd kenyataan ataupun vice versa. Takpe, takpe. Bisik hati kecilku. Now, bykkn doa n tawakal je.

Sebelum Ustz Halim aka Pengetua bg ucapan, ustz kt ats stage mcm senyum2 taw. Kitorg kat bwh ni wonder, ustz knpe senyum2..

Oh, patulah ustz senyum. GPS turun from 2.40 to 2.25. Ustz ckp walaupun tak capai target, tp Alhamdulillah batch spm 2014 telah menyelamatkan title "SBT" sekolah. 

***

23 students of 11A's n 16 students of 10A's dah diumumkan.
Im really happy coz ma sweet awesome friend, Humaira' got straight A's in her SPM. Aku tumpg gembira dan menangis sbb aku terharu. Walaupun tak terkejut laa dy dpt result mcm tu tp as shbt aku jadi kagum dan happy tgok dy naik stage :')

Bukan aku nak buat cerita sedih kat sini. Tp, seriously ckp aku mmg dah target nak ke kaunter kelas aku. Aku tahu result aku ada di situ. Lagipun students yg naik stage haritu, bukan calang2 orang kalau nak dibandingkan pelajar picisan, byk main mcm aku ni. haha

***

Aku pun usha line clear ke tak. Unfortunately, ramai pulak ikhwah kat situ. Aku pun terpaksa melupakan hasrat aku untuk berlari ke kaunter kelas aku. Aku pun carilah akhowat 5IR untuk ke kaunter, So, takdelah segan sgt nk gi ambil result.

Sir Asyraf tye, nama apa tah. Aku pun mention nama aku, " Sir, nama saya Nurhani Lyana, sir. " Sir Asyraf yg jaga sbb Sir Khairi aka guru kelas 5IR busy sikit buat analisa SPM.

" Laa.. Addmth kamu bukan ok ka? " Kata Sir Asyraf kuat2 XD

Betapa malunya aku. Aku cepat2 tutup result aku dgn tgn sbb sir buka bg org blkg n depan sir nmpk. Aku pun terus ambil result n lipat 2 tp tak lipat smpai ada line kat tgh laa.. giler kau result original tu..

Aku jalan ke tgh sikit, then baru aku tgok result aku. Aku tak cari gred lain dah. Dgn spontannya aku kira A aku. Seriously, bila egt balik lawak giler, Aku pun tak tahu knp spontan sgt. Aku tak terkejut pun. Malah, aku syukur alhamdulillah Allah bg rasa nikmat result aku yg aku nk kata excellent tak laa excellent sgt nk kata rendah tak laa rendah sgt. Alhamdulillah ok laa bg aku. Tak tahu laa kalau bg hampa result aku ni boleh lulus jual roti canai ja. Haha.

Alhamdulillah, aku pun terus berlari ke arah mama. Mama pun mula menyoal.


" Dapat berapa? "


" Alhamdulillah 7A. "



Mama lantas memeluk aku. Aku yg tak nangis, terus berambu air mata sbb mama pun nangis. Mama kata result SPM bukan segala2nya. Yang penting jadi anak yg solehah dan taat kpd kedua ibu bapa. Itulah hadiah yg terbaik :')

Itulah mama saya. Understanding tp kdg2 garang gak, haha.


Mama,
I hope mama baca ni. *tak tahu laa mama tahu ke tak link blog akak ni, haha*


Mama, thanks for being ma superb moperb troperb mummy in this world. Inshaa Allah in jannah too.
Thanks for giving me ur support, ur love and ur everything.


Tak lupa juga abah, yg selalu bg wang ringgit untuk belanja. Apatah lagi duk Irshad ni lagi duit mengalir mcm sungai yg deras, haha. Ok, teruk gila ayat. Nanti new student taknak masuk Irshad sebab kos. Takdelah. Ok je kos sara hidup di Irshad ni. Cuma kena pandai berbelanja. Jgn boros esp org yg duduk asrama mcm saya, haha. Tp, form 5 saya berulang. So, i g0t 2 experiences of being hostelite n berulanglite. Ok, merapu.




Sampai sini je lah kut, Penat type dah aih. Lama tak menulis jd camni la. Haha.



Sekian.

Terima kasih, jenguk lagi na!



Tabrakallah 'alaykum.
Wassalam'alayk! <3

Jan 3, 2015

Rahmat, nikmat semuanya dari Allah (=

Assalamu'alaikum, asiff jayyid. Memang tidak dinafikan dah lama ana tak update blog ni. Nasib bukan rumah, kalau tak, dah bersarang barangkali. Toyyib, cuti sekolah pun dah hampir sangat ke penghujungnya. Kerja sekolah mesti dah siapkan (saya dah habis SPM!). Berbalik pada apa yang hendak dikongsikan pada hari ini. Allah tak pernah lupa kat kita, walaupun dalam bentuk ujian, kegembiraan, nikmat, kasih sayang dan semuanyalah. Kalau ana tulis takkan pernah habis kerana terlalu banyak Dia beri kepada hamba-hamba dalam pelbagai cara. Sungguh, Allah Maha Adil, Maha Bijaksana.

Tapi sahabat, adakah kita ambil apa yang Allah beri dengan sepenuh hati atau acuh tak acuh je. Dalam hati cakap "mestilah dengan sepenuh hati! " . Tapi, cuba selami hati betul-betul kalau betul sepenuh hati, ada tak terlintas, " Ya Allah, kenapa Engkau bagi ujian seberat ini? Aku tak mampu.... " . Di mana ucapan ALHAMDULILLAH yang sepatutnya first sekali terucap di bibir tatkala mendapat nikmat? Di mana sifat belas kasih dan sayang jika kamu mengaku mukmin tetapi tak sanggup memaafkan kesalahan orang lain? Sama-sama kita muhasabah diri balik, tak malukah kita dengan Nabi Muhammad S.A.W yang sah-sah dijamin masuk syurga tetapi teguh hadapi ujian dan yang paling penting tak malukah kita kepada Peminjam jasad dan roh kita? Sedarlah, diri kita ini hanya pinjaman Allah semata-mata. Jadi, janganlah sombong sangat  nak bergantung hanya pada Allah... Tolonglah rendahkan EGO tu sikit, tanpa rahmat Allah, kita takkan kemana.

Setiap manusia ada impian dan cita-cita dan setiapnya pasti punya harapan. Tapi sedarkah harapan itu berlandaskan apa dan siapa? Untuk dunia semata-mata atau akhirat, tempat abadi? Mungkin hati kita masih ada kebergantungan terhadap makhluk lain selain Allah itu kerana manusia seringkali kecewa. Ana menulis bukan kerana suka-suka. Ini kerana, diri ana sendiri pernah alami kekecewaan yang terlampau. Apabila satu kata-kata terdas di hati ana, barulah ana sedar, tajdid niat ana balik dan berserah hanya pada Allah. Manusia mudah lupa, sahabat. Dan sering sekali lupa. Kerana itu tugas manusia sebagai khalifah, saling memperingati, menasihati dan yang paling penting saling menghormati.

Sedikit kata-kata untuk dikongsi dan dihadam bersama,

" People always disappointed by people. It's normal because people are not perfect. Why not you do something and put your attention totally to Allah, in shaa Allah you'll never be disappointed. "

Pernah tak antum dan antumna terfikir kalau kita main game or sembang or apa-apalah yang seangkatan dengannya terasa waktu begitu laju berputar bukan? Tapi, kalau kita beribadah, tak kisahlah ibadah apa pun seperti solat, zikir, baca Al-Quran atau belajar (yang ni pelajar sure terasa, ana pun) terasa waktu berjalan begitu perlahan bukan? Come on, cuba fikir sedalam-dalam yang mungkin dan buka sikit hati tu bagi Nur masuk. Allah jadikan waktu berputar degan laju tatkala kita melakukan perkara lagha adalah disebabkan Allah sendiri tarik nikmat waktu yang sepatutnya kita gunakan untuk melakukan perkara berfaedah. Namun, Allah jadikan waktu bergerak dengan perlahan tatkala beribadah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk beribadah kepada-Nya, bertaubat kepada-Nya dan memohon keampunan daripada-Nya. Fair kan? Jadi, kenapa perlu salahkan masa jika kita sendiri tak pandai mengatur masa? Semua orang memiliki 24 jam, anda yang menentukan untuk pembaziran atau mengganggap waktu sebagai emas. Renung-renungkan...

Sekian, wassalam'alaykum

#act yg ni daa lama tulis tp tak taw laa kenapa tak publish.. haha sorry late guys :D